Tuesday, July 1, 2014

Rr

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, February 20, 2014

Pandangan Presiden GPMS Berkaitan PBS... @NajibRazak @JaisAbdKarim

GPMS mohon MENTERI PELAJARAN mencerminkan sifat seorang demokrat dalam menangani PBS. PEGAWAI KPM TERLALU cepat melabel perhimpunan guru pada 22 Februari sebagai langkah mahu menggulingkan kerajaan, itu tomahan terlalu simplified untuk melindungi kelemahan pegawai dan ada pula yang sudah terhutang budi pada YTL lalu bersifat melindungi kepentingan YTL. Menteri menjadi dahan berpaut kepada guru supaya mereka tidak mencari sokongan pembangkang. Arwah Dato' Razali semasa menjadi Timbalan Menteri disayangi oleh guru lebih dari sayang mereka kepada Dato' Hisham kerana sebagai bekas guru, dia senantiasa mendampingi guru. Kami dimaklumkan bahawa semasa zaman Musa Hitam, setiap bulan, beliau secara bergilir makan malam secara bersantai dan bermuzakarah dengan 20 ke 30 orang wakil dari pelbagai persatuan guru untuk memahami masalah guru. GPMS mohon MENTERI mengikuti hujah-hujah perhimpunan 22 Februari dengan minda yang terbuka lagi objektif untuk mendapat maklum balas dan bukan menghukum guru yg mahu bersuara.

Laporan kajian Inmind dapati +/- 60pn komuniti guru @ Selangor marah kerajaan dan sekarang propembangkang. Dengan isu PBS-YTL ia akan jadi lagi membara. Semoga KPM akan segera tangani dengan bijak dan 'tertib'.
Jika pegawai KPM terus menjenamakan pejuang PBS sebagai hendak menjatuhkan kerajaan lalu mendiskriminasi mereka, akhirnya nanti mereka akan tiada pilihan untuk terus menentang kerajaan.

Semoga YB MENTERI dapatlah 'jinakkan' mereka dan bawalah bermuzakarah hati ke hati.

Jais Abd Karim
Presiden
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 18, 2014

Tun M : Anwar Tak Layak Jadi Menteri Besar Selangor!!! #PRKKajang

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Selasa.

Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.

Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.

"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.

"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.

Anwar yang mengumumkan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini – dikatakan akan mengambil alih jawatan menteri besar Selangor jika memenangi PRK itu.

Sementara itu, Dr Mahathir menafikan dakwaan bahawa beliau bersifat anti-hadis hanya kerana beliau merasmikan sebuah seminar berkaitan karyawan dan bekas aktivis politik, Kassim Ahmad, yang sering dilabel sebagai orang yang tidak percaya kepada hadis.

"Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis dan macam-macam walaupun saya berkata perkara yang benar. Jadi inilah apa yang dialami Kassim, apa saja dia perjelas pun (dianggap) anti-hadis.

"Saya tak fikir Kassim anti-hadis, dia macam orang Islam lain," katanya.

Ditanya tentang permintaan kerajaan negeri Johor supaya kerajaan Pusat membincangkan tentang harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura dalam mesyuarat bersama kedua-dua negara pada masa depan, Dr Mahathir berkata harga air mentah itu patut dinaikkan.

"Jika mereka tidak menaikkan harga air, maka mereka sudah tentu begitu tolol sekali, sebab mereka tidak memperoleh apa-apa pun," katanya.

Mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 1961 dan 1962, Public Utilities Board (PUB) Singapura membeli air mentah daripada Johor pada kadar tiga sen bagi setiap 1,000 gelen.

Singapura sebaliknya menjual air terawat kepada Johor pada kadar harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen.

Terdahulu, Rais yang melancarkan Kursi Keamanan Global Tun Mahathir, berkata Kursi itu akan menyediakan wadah untuk memperluaskan pengetahuan, pengalaman amali dan kecekapan bagi cendekiawan serta pengamal, yang terlibat dalam pembinaan keamanan dan bantuan kemanusiaan.

"Kursi itu akan turut memberi tumpuan kepada penyelidikan khusus ke atas keamanan global merangkumi aspek dasar dan perundangan, selain isu berkaitan jenayah perang," katanya.

Profesor Johan Galtung, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai 'bapa Kajian Keamanan' diumumkan sebagai penyandang pertama Kursi itu pada majlis berkenaan. – BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GPMS Mengutuk Hindraf Mendesak Perdana Menteri Letak Jawatan...


KENYATAAN MEDIA GPMS BERHUBUNG HINDRAF YANG MENDESAK PM LETAK JAWATAN DAN MELABEL PM SEBAGAI PENIPU

GPMS MENGUTUK KERAS TINDAKAN PENGERUSI HINDRAF, P. WAYTHA MOORTHY YANG MENDESAK PERDANA MENTERI MALAYSIA MELETAK JAWATAN DAN MELABELKAN PM SEBAGAI PENIPU.

DESAKAN HINDRAF ITU TIDAK MASUK AKAL. INI ADALAH TINDAKAN 'ORANG YANG KECEWA' KERANA PERMINTAAN MEREKA YANG KONONNYA TIDAK DIPENUHI. P WAYTHA MOORTHY MESTI WARAS, PM BUKAN HANYA MENJAGA MASYARAKAT KAUM INDIA SAHAJA MALAHAN SEMUA KAUM YANG ADA DI MALAYSIA.

KEPENTINGAN MASYARAKAT INDIA PERLU DILIHAT LEBIH MENDALAM, BUKAN SAHAJA YANG BERADA DI BAWAH HINDRAF MALAHAN DI MANA-MANA SAHAJA.

DI MALAYSIA, KITA HIDUP DI DALAM NEGARA YANG BERBILANG KAUM, PERLU ADA KOMPROMI. BUKAN MUDAH UNTUK MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK. PERMINTAAN ORANG MELAYU PUN ADA YANG DITOLAK ATAU TAK DIPENUHI, TETAPI KAMI TIDAK BIADAP ATAU KURANG AJAR DENGAN PEMIMPIN NEGARA DEK KERANA PERMINTAAN KAMI TIDAK DITURUTI. KAMI MASIH ADA RASA HORMAT TERHADAP PEMIMPIN.

GPMS TURUT MENDESAK P. WAYTHA MOORTHY UNTUK MEMOHON MAAF KEPADA PM DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA KERANA MELABELKAN PM SEBAGAI PENIPU. TINDAKAN MOORTHY INI AMAT KURANG AJAR DAN TIADA BUDI BAHASA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA.

ADIB ANAS
KETUA PENERANGAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.